(Please select preffered language)
Main Content

Perlindungan Privasi

Terma dan syarat ini dikemaskinikan kali terakhir pada 30 September 2025
Dasar Perlindungan Privasi

Dasar Perlindungan Privasi

1. Ringkasan

China Airlines Limited (selepas ini dirujuk sebagai "kami" atau "CAL") memahami sepenuhnya kepentingan data peribadi. Kami ingin menggunakan Dasar Perlindungan Privasi ("Dasar") ini untuk menerangkan cara kami memproses dan menggunakan data peribadi anda, serta cara melindungi hak dan kepentingan sehubungan dengan data peribadi anda. Dasar ini digunakan untuk semua data peribadi yang diproses oleh CAL apabila anda menggunakan laman web atau Aplikasi kami atau menghubungi kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web rasmi China Airlines, Aplikasi rasmi, laman web Cargo, laman web Bebas Cukai SkyBoutique, laman web eMall Home Delivery serta kumpulan dan organisasi perniagaan CAL yang lain. Selain itu, Dasar ini disenaraikan sebagai salah satu kepercayaan teras dalam Tatakelakuan Kumpulan China Airlines

2. Dasar

Untuk melaksanakan perlindungan privasi dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi Taiwan, Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah serta undang-undang dan peraturan perlindungan data lain yang berkenaan, kami telah merumuskan Dasar ini untuk mencapai pengurusan privasi dan keselamatan data peribadi.

Kami akan mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda dalam skop tujuan tertentu dengan cara yang munasabah. Kami memastikan bahawa anda mempunyai hak dan kepentingan berhubung dengan semakan, pemadaman, pembetulan, sekatan penggunaan data peribadi anda dan penarikan balik persetujuan anda dsb. Selain itu, kami membuat strategi dan pelan kontingensi untuk pengendalian data peribadi yang dicuri, diubah, didedahkan atau rosak. Melalui penetapan dan pengekalan mekanisme perlindungan data peribadi yang bersesuaian, kami komited untuk melindungi ketepatan dan keselamatan data peribadi anda.

Dasar ini terpakai semasa anda menggunakan perkhidmatan kami, dengan ini anda mengamanahkan data peribadi anda kepada kami. Untuk memproses perkhidmatan anda, kami akan mendedahkan atau mengongsikan data peribadi anda kepada pihak ketiga selain Kumpulan CAL dalam keadaan tertentu, seperti agensi pelancongan, rakan sekutu, vendor penyumberluaran, pihak berkuasa kerajaan dsb. Kami akan meminta pihak ketiga tersebut mematuhi Dasar ini untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi anda.

Pernyataan Perlindungan Privasi

Pernyataan Perlindungan Privasi

Kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi anda menurut Dasar kami. Untuk memastikan bahawa anda boleh membuat keputusan termaklum, sila baca Pernyataan Perlindungan Privasi (“Pernyataan”) ini untuk memahami pihak yang kami kongsikan Data Peribadi anda dan tujuannya, serta pilihan yang anda ada berkenaan dengan cara kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda. Kami berharap anda berasa selesa menggunakan semua perkhidmatan berkaitan yang kami sediakan.

Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi dan Pernyataan ini. Kami berhak untuk meminda kandungan dasar privasi dan pernyataan ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan menggantikan versi terdahulu.

Versi yang terkemaskini akan disiarkan dalam laman web www.china-airlines.com dan Aplikasi kami berserta tarikhnya supaya anda tahu kali terakhir Pernyataan tersebut dikemaskinikan.

Kandungan utama Pernyataan ini termasuk:

  1. Jenis data peribadi yang kami proses
  2. Cara kami mengumpulkan data peribadi anda
  3. Tujuan kami memproses dan menggunakan data peribadi anda
  4. Pihak yang kami kongsikan data peribadi anda
  5. Keselamatan dan pengekalan
  6. Hak anda
  7. Perlindungan data bagi budak bawah umur
  8. Pengumpulan alamat IP
  9. Analisis data dan pembuatan keputusan automatik
  10. Mengemaskinikan data peribadi anda
  11. Pengemaskinian dasar dan pernyataan privasi
  12. Hubungi kami
  13. Pautan kepada laman web lain

1. Jenis data peribadi yang kami proses

Jenis data peribadi yang kami kumpulkan bergantung pada keadaan pengumpulan dan sifat perkhidmatan yang diminta atau urus niaga yang dijalankan. Data ini boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:


1.1. Umum: 

  1. Data peribadi yang dapat digunakan untuk mengenal pasti seseorang individu
    Kami boleh merekodkan nama, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, negara tempat tinggal, nombor pasport dan nombor pengenalan lain diri anda dsb.

  2. Maklumat hubungan dan maklumat akaun peribadi atau pendaftaran anda
    Maklumat hubungan anda boleh termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda. Apabila anda mencipta akaun peribadi atau mendaftar untuk perkhidmatan, kami juga boleh merekodkan maklumat log masuk anda dan maklumat lain yang anda isikan pada akaun peribadi atau borang pendaftaran anda. Untuk ahli korporat/perniagaan, kami juga mengumpulkan maklumat berhubung dengan syarikat anda seperti nama syarikat.

  3. Maklumat tentang tempahan dan pembelian
    Apabila anda membuat tempahan penerbangan dengan kami, kami akan memproses maklumat tempahan anda. Maklumat perjalanan ini boleh termasuk nombor tiket dan maklumat penerbangan. Jika pembelian anda dibuat melalui laman web atau Aplikasi kami seperti Pakej Dynasty, peningkatan tempat duduk, bagasi lebihan, produk bebas cukai, kami juga akan memproses maklumat ini sehubungan dengan perkhidmatan sampingan.
    Selain itu, kami boleh memproses maklumat anda berkaitan dengan penggunaan anda terhadap sistem hiburan penerbangan atau perkhidmatan Wi-Fi dalam pesawat kami, perkhidmatan ruang istirahat dan perkhidmatan kargo kami dsb.

  4. Maklumat tentang aturan perjalanan anda
    Apabila anda menaiki penerbangan kami, kami akan memproses maklumat yang berkaitan dengan perjalanan anda. Contohnya jadual perjalanan anda, pendaftaran masuk dalam talian melalui laman web atau Aplikasi kami, pendaftaran masuk di kaunter lapangan terbang, pendaftaran masuk bagasi, penjejakan bagasi dsb. Kami juga boleh merekodkan permintaan diet, bantuan semasa dalam penerbangan dan di lapangan terbang, permohonan anjing pembantu dan sebarang bantuan tambahan yang anda perlukan.
    Jika berlaku sesuatu kejadian sepanjang perjalanan anda, contohnya berkenaan dengan keadaan kesihatan atau fizikal anda, untuk mengekalkan keselamatan penerbangan, kru kabin kami boleh memproses maklumat tertentu berkaitan dengan kejadian ini mengikut peraturan bantuan kecemasan yang berkenaan.
    Sesetengah langkah atau prosedur keselamatan lapangan terbang seperti kawalan imigresen, daftar masuk bagasi dan menaiki pesawat boleh menggunakan ciri biometrik (contohnya melalui pengecaman muka atau cap jari) untuk mengesahkan identiti anda. Data biometrik anda dikumpulkan dan diproses oleh pengasalan luaran yang menyediakan langkah atau prosedur kawalan seperti pihak imigresen atau pihak berkuasa lapangan terbang. Kami tidak menerima sebarang data biometrik anda, tetapi hanya menerima pengesahan daripada pengasalan luaran ini bahawa identiti anda telah disahkan.

  5. Maklumat pembayaran anda
    Maklumat pembayaran yang anda gunakan untuk membeli perkhidmatan dan produk kami atau untuk proses bayaran balik kemudiannya (jika ada), seperti maklumat kad kredit atau debit termasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat pengebilan dan tarikh luput dsb.

  6. Keahlian Dynasty Anda
    Apabila anda menjadi ahli Program Dynasty Flyer, kami akan memproses nombor keahlian, nama akaun, tingkat keahlian, mileage, hadiah anda dan maklumat lain berkaitan dengan keahlian anda.

  7. Minat, kesukaan dan pilihan anda
    Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh memilih untuk berkongsi maklumat dengan kami seperti minat anda, kesukaan, perkhidmatan dan produk yang anda beli, pendapat anda dsb.

  8. Komunikasi dan interaksi kami dengan anda
    Kami akan mengumpulkan sebarang interaksi dan surat-menyurat antara kita seperti panggilan yang dibuat melalui pusat panggilan kami, komunikasi melalui Perkhidmatan Pelanggan AI pada laman web atau Aplikasi kami, sebarang interaksi antara anda dengan kakitangan atau pekerja kami, juga sebarang interaksi dengan kami pada media sosial. Apabila anda menghubungi kami, sokongan pelanggan kami akan mendaftarkan soalan atau aduan anda dalam pangkalan data kami. Kami juga boleh merakam panggilan telefon untuk tujuan latihan atau untuk mencegah pemalsuan.

  9. Penggunaan anda terhadap laman web, Aplikasi, platform media sosial dan pemesejan kami
    Kami boleh merekodkan alamat IP, jenis pelayar, sistem pengendalian dan sejarah pelayaran anda apabila anda melayari laman web atau Aplikasi kami.
    Selain itu, apabila anda menggunakan akaun media sosial untuk berinteraksi dengan akaun rasmi kami atau halaman peminat, kami boleh menerima profil media sosial anda, termasuk maklumat hubungan, minat dan keutamaan anda dsb.


1.2. Kategori data khusus

Kategori maklumat peribadi tertentu yang kami kumpulkan dan gunakan boleh dianggap sebagai "data peribadi kategori khusus" menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, seperti pemeriksaan kesihatan atau dokumen rawatan, data yang berkaitan dengan kesihatan, agama atau data budak bawah umur. Seboleh-bolehnya, kami mencuba untuk mengehadkan keadaan yang menyebabkan kami mengumpulkan data peribadi ini. Walau bagaimanapun, pengumpulan data ini kadangkala boleh berlaku kerana anda telah membuat permintaan tertentu berhubung dengan aturan perjalanan anda atau jika anda sebaliknya memilih untuk memberikan data seumpamanya kepada kami melalui pihak ketiga (cth. agensi pelancongan). Contohnya, meminta kerusi roda daripada kami dan/atau pengendali lapangan terbang, memberikan borang kelulusan perubatan dan perakuan perubatan, mengendalikan maklum balas pelanggan.

Selain itu, dalam keadaan tertentu, kami boleh mengumpulkan dan menggunakan data peribadi kategori khusus anda menurut undang-undang untuk melindungi nyawa, kesihatan dan hak harta anda disebabkan oleh kecemasan kesihatan awam, seperti menghendaki anda menyemak perjalanan anda yang terdahulu, mengambil suhu badan anda atau meminta anda memberikan perakuan kesihatan tertentu.

1.3. Maklumat perkhidmatan dan tinjauan khusus

Untuk perkhidmatan atau acara khusus, kami boleh mengumpulkan jenis data lain dan menggunakan data tersebut untuk tujuan yang berbeza, seperti tinjauan pasaran dan aktiviti yang kami jalankan atau yang dijalankan bagi pihak kami.

1.4. Data peribadi tertentu diperlukan untuk kebanyakan perkhidmatan dan produk kami, dan jika anda gagal membekalkan data peribadi seumpamanya seperti yang diminta untuk perkhidmatan tertentu, kami mungkin menangguhkan atau tidak dapat menyampaikan perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan sepenuhnya kepada anda.

2. Cara kami mengumpulkan data peribadi anda

CAL bertindak sebagai pengawal data bagi aktiviti pemprosesan yang berkaitan dengan data peribadi yang dirujuk dalam Dasar ini. Hal ini bermakna bahawa CAL menentukan tujuan dan cara pemprosesan yang dirujuk dalam Dasar ini. Untuk melaksanakan kontrak pengangkutan dengan anda, kami boleh mengumpulkan kategori data peribadi yang disebut sebelum ini daripada anda secara langsung atau melalui pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga mungkin mempunyai dasar privasi mereka sendiri untuk menerangkan cara mereka mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda. Dasar privasi tersebut tidak membentuk sebahagian daripada Dasar ini. Anda perlu membaca dengan teliti dan memutuskan sama ada anda bersetuju dengan dasar privasi mereka atau tidak.

 

2.1. Kami mengumpulkan data peribadi yang anda berikan kepada kami

Kami akan mengumpulkan data peribadi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan kami yang berkaitan atau menyertai pelbagai aktiviti kami, termasuk menempah penerbangan kami, membeli produk bebas cukai dalam talian kami, mendaftar sebagai Ahli Dynasty, melanggan e-mel atau pemberitahuan Aplikasi kami, menghubungi khidmat pelanggan, menyertai aktiviti promosi, mengisi soal selidik dsb. Kami menerima data peribadi anda daripada agensi pelancongan anda, rakan kongsi penerbangan kami dan pihak lain yang terlibat dalam pengaturan perjalanan anda.
 

2.2. Kami menerima data peribadi anda daripada agensi pelancongan, syarikat penerbangan pekongsi kami dan pihak lain yang terlibat dalam pengaturan perjalanan anda

  1. Agensi pelancongan atau penyedia sistem tempahan (Sistem Pengedaran Global, GDS) yang mengendalikan tempahan anda, dan jika anda menggunakan platform pihak ketiga untuk mencari dan menempah penerbangan, kami mungkin akan menerima data peribadi anda daripada pembekal tersebut. Contohnya, rakan sekerja korporat organisasi anda menempah penerbangan untuk anda, kami akan mengesahkan sama ada beliau bertindak bagi pihak anda secara sah atau telah diberikan kebenaran daripada anda menurut prosedur keselamatan kami.
  2. Pembekal perkhidmatan kami dan ahli Kumpulan CAL. Contoh pihak ketiga seumpamanya termasuk ejen pengendalian darat kami yang membantu anda dengan pendaftaran masuk dan tempahan, atau pembekal katering kami untuk memenuhi permintaan makanan khas anda.
  3. Rakan kongsi penerbangan kami atau rakan kongsi pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Contohnya, apabila anda membeli perkhidmatan kami daripada syarikat penerbangan SkyTeam Airlines Alliance yang mengambil bahagian atau rakan kongsi pihak ketiga lain untuk tujuan pemasaran, mereka berkongsi mileage yang anda peroleh dengan kami. Juga, jika anda menggunakan platform pihak ketiga untuk mencari dan menempah penerbangan, kami mungkin akan menerima maklumat pengenalan dan maklumat tempahan anda daripada pembekal tersebut.
  4. Vendor yang bekerjasama dengan kami untuk aktiviti pemasaran, seperti pengeluar kad kredit jenama bersama, hotel, restoran, peruncit rakan kongsi dsb.
 

2.3. Apabila anda menggunakan laman web atau Aplikasi kami, kami mengumpulkan maklumat melalui kuki dan teknologi yang serupa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk "Dasar Kuki" kami.
 

2.4. Kami menerima maklumat daripada pembekal rangkaian sosial anda

Apabila anda menggunakan akaun rangkaian sosial untuk berinteraksi dengan akaun rasmi atau halaman peminat kami.
 

2.5. Kami menerima maklumat daripada pihak berkuasa awam atau organisasi kerajaan

Contohnya pihak berkuasa penerbangan awam bagi pelepasan dan ketibaan, imigresen, kastam, mahkamah, pihak berkuasa lapangan terbang, pihak berkuasa pentadbiran dan kehakiman dsb.
 
 

3. Tujuan kami memproses dan menggunakan data peribadi anda

Kami tidak akan memproses data peribadi anda tanpa sebarang asas undang-undang. Apabila anda bersetuju untuk mengongsikan data peribadi anda dengan kami, berikut ialah senarai asas undang-undang yang menjadi rujukan kami apabila kami menggunakan data peribadi anda di pejabat cawangan kami di seluruh dunia:

3.1. Untuk melaksanakan kontrak pengangkutan bagi penerbangan yang anda tempah dengan kami dan memproses aturan perjalanan anda

  1. Untuk mengendalikan tempahan dan persediaan perjalanan anda, kami perlu memproses kebanyakan maklumat yang disebut di atas menurut Syarat Umum Pengangkutan kami. Contohnya, kami memerlukan nama anda dan maklumat pengenalan lain untuk mengendalikan tempahan anda, memindahkan maklumat anda ke pejabat cawangan di seluruh dunia untuk memenuhi perkhidmatan pengangkutan, atau untuk mengesahkan tempahan anda dan memaklumi anda tentang status penerbangan terkini, kami memerlukan maklumat hubungan anda.
    Selain itu, untuk memastikan anda menerima penjagaan yang diperlukan, kami perlu memahami keperluan perubatan khusus anda untuk memberi anda sebarang bantuan yang diperlukan.
  2. Untuk menyediakan perkhidmatan laman web dan Aplikasi kami. Contohnya, kami menggunakan nama dan maklumat penerbangan anda apabila anda mendaftar masuk penerbangan anda dengan laman web atau Aplikasi kami, atau sesetengah perkhidmatan dalam talian dan Aplikasi kami menggunakan lokasi anda.

3.2. Untuk menyelenggarakan hak keahlian Dynasty anda

Untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi kepada anda, kami akan menggunakan data keahlian anda. Contohnya, kami boleh memberikan data anda kepada pramugari kami atau kami boleh menggunakan data tersebut untuk menyediakan produk dan perkhidmatan tersuai semasa penerbangan anda berdasarkan keutamaan dan minat anda.
 

3.3. Untuk menyediakan sokongan pelanggan

Untuk tujuan sokongan pelanggan, kami menggunakan maklumat hubungan anda untuk memberikan respons kepada pertanyaan dan permintaan anda. Contohnya isu berkaitan dengan tuntutan bagasi dan penerbangan terlewat.
 

3.4. Untuk tujuan pemasaran

Untuk memberi anda maklumat pemasaran, kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi:
  1. Untuk menghantar kepada anda kemaskinian berita, tawaran dan promosi terkini sehubungan dengan perkhidmatan dan produk kami.
  2. Untuk menghantar kepada anda perkhidmatan perjalanan, tawaran kad kredit jenama bersama, jualan bebas cukai, cabutan bertuah, tempahan hotel dan sewaan kereta kami dsb.
  3. Untuk menghantar kepada anda tawaran istimewa yang disesuaikan dengan kesukaan atau minat anda, termasuk menyiarkan iklan dalam laman web kami atau menjejaki interaksi anda dengan pautan daripada laman web pihak ketiga kepada laman web kami. Untuk maklumat lanjut tentang rakan kongsi kami serta perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh mereka, anda boleh melanggan surat berita atau komunikasi kami, dan maklumat ini juga boleh didapati dalam laman web yang berkenaan.
Kami boleh menghantar maklumat pemasaran dan promosi kepada anda melalui pelbagai saluran, termasuk mel, SMS, telefon, e-mel, pemberitahuan semerta, laman web atau aplikasi kami, laman web atau aplikasi pihak ketiga dan media sosial. Dalam situasi yang sesuai dan diperlukan, kami akan meminta persetujuan anda atau sebaliknya memberi anda peluang untuk memilih untuk tidak menerima pemasaran ini, pada masa kami mengumpulkan data peribadi anda.

3.5. Untuk perkhidmatan khusus dan maklumat tinjauan

Untuk pelaksanaan cabutan bertuah, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan aktiviti istimewa lain yang kami jalankan, termasuk mendedahkan pemenang mana-mana acara seumpamanya, menjemput anda menyertai soal selidik tentang kepuasan selepas terbang bersama kami, menggunakan rekod pembelian sampingan atau maklum balas anda daripada soal selidik (cth. peningkatan dan bagasi lebihan) untuk menambah baik pengaturan perkhidmatan kami.
 

3.6. Untuk tujuan keselamatan dan penjagaan keselamatan penerbangan

Untuk memastikan keselamatan dan penjagaan keselamatan semua orang (termasuk semua penumpang dan semua kakitangan kami) serta untuk menjalankan sebarang aktiviti yang perlu semasa berlakunya kecemasan.
 

3.7. Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami dan untuk tujuan undang-undang dan pengurusan

Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami dan untuk tujuan pematuhan undang-undang seperti penerbangan awam, kastam, diplomatik, kesihatan awam, keperluan kehakiman dan siasatan polis, pengesahan dan pemprosesan bayaran, penyaringan terhadap penyalahgunaan tempahan dsb.
 

3.8. Kebenaran bagi pihak pelanggan lain

Apabila anda memberikan data peribadi rakan perjalanan anda atau individu lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran mereka untuk memberi kami data peribadi dan persetujuan mereka bagi anda menggunakan data peribadi mereka mengikut Dasar dan Pernyataan ini. Jika anda tidak dapat membuat pengesahan ini, anda tidak boleh memberikan sebarang data peribadi orang tersebut kepada kami.

4. Pihak yang kami kongsikan data peribadi anda

Kami tidak akan menjual nama anda atau data peribadi lain kepada pihak ketiga dan kami tidak merancang untuk berbuat demikian pada masa hadapan. Untuk memproses perkhidmatan anda, kami akan memberikan atau mengongsikan data peribadi anda yang dikumpulkan atau diterima dengan pihak ketiga tertentu mengikut undang-undang (seperti persetujuan daripada subjek data) yang sesetengahnya mungkin terletak di negara atau rantau lain di luar lokasi anda:

4.1. Pembekal khidmat penyumberluaran kami dan ahli Kumpulan CAL yang memproses data bagi pihak kami:

Pembekal perkhidmatan perjalanan dan pengangkutan kami atau perniagaan dan pembekal perkhidmatan berkaitan perjalanan boleh memproses data peribadi anda bagi pihak kami. Sebagai contoh, ejen pengendalian darat yang membantu anda untuk mendaftar masuk dan menaiki pesawat, pengendali ruang istirahat lapangan terbang kami, perkhidmatan kerusi roda lapangan terbang.
 

4.2. Pihak ketiga yang memudahkan tempahan dan mengurus aturan perjalanan anda:

Apabila anda menempah penerbangan atau membeli perkhidmatan atau produk melalui CAL yang akan disediakan oleh pihak lain, kami akan kongsikan data peribadi anda dengan pihak tersebut. Contohnya, segmen perjalanan dengan pengangkut lain, penginapan hotel atau sewaan kereta. Kami merujuk dasar perlindungan privasi pihak ketiga ini untuk maklumat lanjut tentang pemprosesan data peribadi anda.
 

4.3. Rakan kongsi penghantaran antara syarikat penerbangan, perkongsian kod dan perikatan strategik kami:

Untuk memproses tempahan anda dan memenuhi kontrak pengangkutan bagi penerbangan yang anda tempah, kami perlu kongsikan data peribadi anda dengan rakan kongsi penghantaran antara syarikat penerbangan, perkongsian kod dan perikatan strategik kami. Sebagai ahli SkyTeam Alliance, untuk tujuan memberikan perkhidmatan bagi perjalanan dan tempahan penerbangan anda, mengenali Program Dynasty Flyer anda, menempah semula penerbangan anda sekiranya berlaku gangguan yang tidak dijangka dalam perjalanan anda, kami akan mendedahkan data peribadi anda kepada ahli syarikat penerbangan lain.
 

4.4. Pihak berkuasa kerajaan dan organisasi kawal selia:

Untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami, kami juga mungkin dikehendaki untuk memberikan data peribadi anda kepada pihak berkuasa kerajaan, organisasi kawal selia, pegawai penguat kuasa undang-undang dan pihak mahkamah untuk tujuan imigresen, kastam, keselamatan sempadan dan proses perundangan. Contohnya, mengikut undang-undang di Amerika Syarikat, Perancis dan negara lain, kami perlu mendedahkan dokumen perjalanan anda, jadual perjalanan, rekod nama penumpang (PNR), dan maklumat awal penumpang (API) kepada pihak berkuasa kastam dan imigresen yang berkaitan; atau pendedahan tersebut dikehendaki menurut sepina atau perintah kehakiman.
 

4.5. Perkhidmatan pembayaran dan bayaran balik

Untuk memproses bayaran dan bayaran balik bagi perjalanan dan pembelian anda, kami boleh bekerjasama dengan pihak ketiga seperti bank atau firma kewangan yang menawarkan perkhidmatan pembayaran. Dalam kebanyakan keadaan, institusi kewangan pihak ketiga tersebut juga melakukan pemeriksaan berkaitan penipuan. Mereka mungkin mempunyai dasar privasi mereka sendiri dari segi cara mereka menggunakan data peribadi anda.
 

4.6. Akaun korporat

Sekiranya akaun ahli Dynasty anda berkaitan dengan akaun korporat majikan anda, atau apabila anda menempah penerbangan menggunakan akaun korporat majikan anda, majikan anda akan mempunyai akses kepada maklumat tempahan tertentu seperti harga tiket, tarikh perjalanan dan destinasi perjalanan anda. Majikan anda bertanggungjawab secara bebas atas cara akaun tersebut mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda mengikut keperluan untuk tujuan pengurusan akaun korporat dan memaklumi anda tentang dasar privasinya.
 

4.7. Institusi yang bekerjasama untuk perkhidmatan atau aktiviti tertentu

Untuk perkhidmatan atau aktiviti tertentu yang kami jalankan, kami boleh mengongsikan data peribadi anda dengan institusi yang bekerjasama tersebut. Sebagai contoh, apabila anda memilih untuk menyertai aktiviti derma amal mileage, kami akan memberikan data peribadi anda kepada organisasi amal itu untuk tujuan mengeluarkan dan menghantar resit derma.
 

4.8. Platform media sosial dan pemesejan

Apabila anda memilih untuk menghubungi atau berinteraksi dengan kami pada platform media sosial dan pemesejan yang disediakan oleh pihak ketiga, anda perlu memberikan kebenaran mengelog masuk akaun dan penyiaran. Anda mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk menyemak dan memahami dasar privasi serta terma dan syarat berkaitan yang terpakai untuk platform pihak ketiga tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab atas aktiviti yang dijalankan pada platform pihak ketiga yang tidak kami uruskan.
 

4.9. Pendedahan data peribadi kepada pelanggan lain yang melakukan perjalanan di bawah tempahan yang sama

Apabila anda membuat tempahan, anda akan diberikan rujukan tempahan seperti nombor pencari rekod atau nombor pengesahan (biasanya dikenali sebagai rekod nama penumpang "PNR"). Sila pastikan anda menjaga kerahsiaan PNR, nombor tiket dan pas masuk anda sepanjang masa, dan jangan dedahkan kepada mana-mana pihak ketiga yang lain atau menyiarkannya pada rangkaian sosial. Pendedahan rujukan tempahan anda kepada pihak ketiga yang lain akan membolehkan mereka mengakses maklumat tempahan anda melalui sistem kami, seperti pelanggan lain yang melakukan perjalanan bersama anda di bawah tempahan yang sama. Jika anda tidak mahu maklumat tempahan individu anda didedahkan kepada orang lain, sila buat tempahan dan pembayaran anda secara berasingan.

5. Keselamatan dan pengekalan

5.1. Storan dan keselamatan data

Semua data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda disimpan dalam pelayan selamat kami atau lokasi selamat yang lain, dan kami akan mengambil langkah teknikal dan organisasi yang memenuhi standard industri semasa (khususnya Artikel 32 GDPR) untuk melindungi data peribadi anda agar dapat memastikan tahap keselamatan yang bersesuaian dan mencegah data peribadi daripada kecurian, pengacauan, kehilangan atau pelanggaran lain. Kami juga mematuhi dasar dan peraturan keselamatan kami apabila mengakses atau menggunakan data peribadi serta mengehadkan akses data peribadi anda kepada orang yang perlu menggunakannya untuk tujuan pengumpulannya, dan memberikan latihan keselamatan berkala kepada kakitangan untuk meningkatkan perlindungan itu.

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama yang perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, tujuan undang-undang atau perniagaan kami atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.


5.2. Langkah keselamatan yang telah kami ambil

Persekitaran urus niaga kad kredit kami mematuhi Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) untuk melindungi keselamatan maklumat urus niaga pemegang kad dan maklumat pengesahan kad.

Kami juga melaksanakan sistem pengurusan keselamatan maklumat dan privasi maklumat, masing-masing menurut ISO 27001 dan ISO 27701. Sistem maklumat teras dan rangkaian data yang berkaitan dengan tempahan penerbangan penumpang, pengeluaran tiket dan operasi pemasaran telah diaudit dan memperoleh sijil ISO.


5.3. Penghantaran data antarabangsa

Ibu Pejabat kami berpusat di Taiwan, dan data peribadi anda akan dihantar ke kemudahan storan data yang digunakan untuk menyimpan rekod berpusat kami. Data peribadi anda akan dipindahkan ke pejabat cawangan kami di seluruh dunia dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang lain (sila rujuk "Mendedahkan atau berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga" di atas) di Taiwan dan di seluruh dunia sehubungan dengan pelaksanaan kontrak pengangkutan kami dengan anda. Kami akan memproses data peribadi anda di negara atau kawasan yang disebut sebelum ini. Berdasarkan premis ini, data peribadi anda boleh dipindahkan ke negara atau kawasan selain tempat tinggal anda, termasuk negara atau kawasan dengan tahap perlindungan data yang lebih rendah daripada tempat tinggal anda. Kami akan menggunakan pelindung yang mencukupi untuk mematuhi keperluan penghantaran antarabangsa di bawah undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkenaan.

Khususnya, kami mungkin akan menghendaki pihak yang akan menerima data peribadi anda untuk menyetujui kepatuhan kepada kewajipan kontraktual yang bersesuaian. Dalam kes pemindahan dari EU atau UK, pemindahan dilakukan sama ada atas dasar bahawa hal ini suatu keperluan untuk pelaksanaan kontrak penghantaran dengan anda, atau bahawa pemindahan tertakluk pada klausa model standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah dan dibenarkan di bawah Artikel 46 GDPR atau setiausaha kerajaan UK atau di bawah badan lain yang berkaitan.


5.4. Penghapusan data

Apabila tujuan khusus pengumpulan data peribadi anda tidak lagi wujud atau apabila tempoh masa yang berkenaan sudah luput, kami akan mengambil langkah komersial yang munasabah dan boleh dipraktikkan secara teknikal sama ada untuk memusnahkan data peribadi anda dengan selamat atau menjadikan data peribadi anda data tanpa nama yang tidak boleh dipulihkan semula mengikut undang-undang yang berkenaan.


5.5. Cara melindungi diri anda

Internet merupakan alat komunikasi global yang terbuka kepada semua orang di seluruh dunia. Kami tidak memberikan jaminan keselamatan terhadap penghantaran atau penyimpanan data, walaupun kami berusaha sebaik mungkin untuk melindungi data peribadi anda. Pelanggan hendaklah menanggung risiko sendiri semasa penghantaran sebarang data.

Anda dinasihatkan untuk menyimpan ID akaun, kata laluan keahlian dan data peribadi anda yang lain dengan baik. Jangan dedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak ketiga yang lain. Mohon log keluar daripada akaun Dynasty anda selepas menggunakannya. Jika anda menggunakan komputer awam atau komputer yang dikongsi dengan orang lain, mohon log keluar daripada akaun Dynasty anda dan tutup tetingkap pelayar selepas penggunaan untuk menghalang orang lain daripada menyalahgunakan data peribadi anda. Selain itu, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kecurian data peribadi anda pada platform yang bukan kami yang mengurusnya atau anda mendedahkannya dalam rangkaian sosial dengan sukarela.

6. Hak anda

Anda boleh menghubungi cawangan kami atau Pegawai Perlindungan Data/Pegawai Perlindungan Maklumat Peribadi (sila lihat “Hubungi Kami”) di seluruh dunia untuk melaksanakan mana-mana hak anda yang diberikan mengikut undang-undang perlindungan privasi dan data peribadi yang terpakai, dan rujuk "Pertanyaan dan Permintaan Data Peribadi" untuk maklumat lanjut.


Untuk memproses kes penggunaan hak data peribadi anda, kami memerlukan bantuan anda untuk memberikan maklumat yang diperlukan agar kami dapat mengenal pasti identiti anda. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memerlukan maklumat tertentu daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda dan memproses permintaan anda. Jika anda memberikan maklumat yang tidak betul atau tidak lengkap dan menghalang kami daripada mengesahkan identiti sebenar anda, atau kami tidak dikehendaki oleh undang-undang untuk mematuhi permintaan anda, kami mungkin akan menolak permintaan penggunaan hak anda.

 

Jika subjek data ialah ahli Dynasty yang mahu mengemaskinikan data peribadi atau menarik balik persetujuannya, anda boleh klik "Account Profile" (Profil Akaun) > "Update Personal Profile" (Kemas Kini Profil Peribadi) atau "Membership Account Deletion" (Pemadaman Akaun Keahlian) untuk menggunakan hak anda selepas mengelog masuk ke "Dynasty Flyer Service" (Perkhidmatan Dynasty Flyer).

 

6.1. Hak mengakses dan meminta salinan

Anda berhak untuk mengetahui sama ada kami memproses data peribadi anda atau tidak. Jika ya, anda boleh mengakses data tersebut dalam bentuk salinan. Sementara itu, kami juga boleh memberi anda maklumat tertentu, seperti cara kami memproses data peribadi anda dan pihak yang kami kongsikan data ini. Kami mungkin akan mengenakan caj perkhidmatan yang munasabah untuk pemprosesan sebarang permintaan akses data mengikut undang-undang yang terpakai.

Dalam keadaan luar biasa, kami berhak menolak akses anda terhadap data peribadi anda dan menjawab permintaan anda mengikut undang-undang yang terpakai. Keadaan khas (tertakluk pada undang-undang yang terpakai) termasuk:
  1. Agensi siasatan atau agensi kerajaan membantah pematuhan kami kepada keperluan anda.
  2. Mengikut pertimbangan dan penilaian munasabah kami, tindakan memberikan maklumat seumpamanya dipercayai akan mengganggu hak orang lain atau menjejaskan nyawa atau keselamatan seseorang.
  3. Maklumat yang dikumpul ini berkaitan dengan pelanggaran kontrak, aktiviti yang disyaki sebagai pemalsuan atau yang menyalahi undang-undang.
 

6.2. Hak membuat penambahan atau pembetulan

Anda berhak membetulkan data peribadi anda sekiranya data peribadi anda tidak tepat atau tidak lengkap. Kami akan membetulkan data peribadi yang tidak tepat atas permintaan anda.
 

6.3. Hak untuk menuntut penghentian pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan

Anda berhak untuk meminta kami agar menghentikan pengumpulan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi anda apabila tujuan khusus pengumpulan data tersebut tidak lagi wujud atau apabila tempoh masa yang berkenaan telah tamat, kecuali proses atau penggunaan tersebut sama ada perlu untuk melaksanakan tugas rasmi atau perniagaan kami atau anda telah memberikan persetujuan secara bertulis.
 
Selain itu, anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda oleh kami pada bila-bila masa untuk tujuan pemasaran dan promosi. Anda boleh menggunakan hak anda untuk menyekat pemprosesan seumpamanya dengan menyatakan bahawa anda tidak bersetuju dengan pemasaran dan promosi pada masa kami mengumpulkan data peribadi anda. Pada bila-bila masa anda juga boleh membantah pemprosesan untuk tujuan pemasaran dan promosi secara langsung sekiranya data peribadi anda diproses untuk tujuan sedemikian. Sekiranya anda menggunakan hak ini, kami tidak akan memproses data peribadi anda untuk tujuan seumpamanya lagi.
 

6.4. Hak menyekat pemprosesan

Anda berhak meminta kami berhenti daripada memproses data peribadi anda dalam keadaan tertentu. Kami akan menggantung pemprosesan data peribadi anda untuk tempoh masa tertentu atas permintaan anda. Hak ini tidak menghalang kami daripada terus menyimpan data peribadi anda; kami akan memberitahu anda sebelum sekatan dihentikan.
 

6.5. Hak menyekat keputusan individu yang dibuat secara automatik

Kami mungkin akan menilai aspek peribadi tertentu untuk menganalisis dan meramal aktiviti melalui cara automatik. Anda berhak untuk tidak tertakluk pada keputusan yang dibuat berdasarkan cara automatik semata-mata (termasuk pemprofilan).
 

6.6. Hak untuk pemadaman

Anda berhak meminta kami memadamkan data peribadi anda dalam keadaan berikut:
  1. Anda percaya bahawa kami tidak perlu lagi menyimpan data peribadi anda.
  2. Kami memproses data peribadi anda atas dasar persetujuan anda, anda ingin menarik balik persetujuan anda dan tiada asas lain yang membolehkan kami memproses data tersebut.
  3. Kami memproses data peribadi anda atas dasar kepentingan sah kami dan anda membantah pemprosesan seumpamanya.
  4. Anda tidak lagi mahu kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi.
  5. Anda percaya bahawa kami memproses data peribadi anda dengan cara yang menyalahi undang-undang.
Kami mungkin tidak dapat memadamkan data peribadi hingga takat pemprosesan diperlukan untuk keperluan perkhidmatan dan hak pemadaman tidak boleh diguna pakai menurut undang-undang/peraturan perlindungan data yang berkenaan, contohnya maklumat perjalanan tertakluk pada tempoh pengekalan mengikut undang-undang; atau maklumat yang diperlukan untuk pengendalian pampasan, kes litigasi atau bukan litigasi.


6.7. Hak kebolehalihan data

Anda berhak untuk meminta kami memberi anda data peribadi anda dalam format yang berstruktur, lazim digunakan dan boleh dibaca oleh mesin, serta hak untuk meminta data seumpamanya dipindahkan secara langsung kepada pihak lain jika boleh dilaksanakan dari segi teknikal.


6.8 Penarikan diri atau nyahlanggan daripada pemasaran

Tertakluk pada skop persetujuan anda, kami akan menggunakan data peribadi anda untuk memberikan maklumat promosi dan perkhidmatan yang diperibadikan. Jika anda tidak mahu menerima mesej pemasaran kami, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa menurut klausa ini, dan mengubah ciri yang berkaitan dalam Perkhidmatan Dynasty Flyer anda dengan mengklik "Account Profile" (Profil Akaun) > "eDM Subscribe/Unsubscribe", (Langgan/Nyahlanggan eDM), atau menggunakan ciri "Unsubscribe" (Nyahlanggan) dalam e-mel yang kami hantar, atau Hubungi Kami sama ada dalam talian atau melalui telefon.
 
Selain itu, harap maklum bahawa jika anda memilih untuk membatalkan langganan atau menarik diri daripada pemasaran, kami tetap akan menghantar komunikasi kepada anda tentang perjalanan anda dengan kami dan mana-mana perkhidmatan lain yang kami berikan kepada anda berkaitan dengan aturan perjalanan anda.


6.9. Hak si mati

Sekiranya berlaku kematian seseorang, jika anda penduduk China dan merupakan saudara terdekat penumpang kami yang meninggal dunia, untuk kepentingan mereka yang sah dan menurut undang-undang, anda boleh menggunakan hak anda untuk mengakses, menyalin, membetulkan dan memadamkan data peribadi si mati yang berkaitan, melainkan si mati telah menugaskan orang lain sebelum kematiannya. Jika anda ingin menggunakan hak tersebut bagi pihak si mati, sila berikan bukti identiti anda dan identiti si mati, serta bukti perhubungan, seperti sijil kematian (andaian) si mati.

7. Perlindungan data bagi budak bawah umur

7.1. Berikut ialah had umur (berdasarkan tarikh menaiki pesawat) penumpang yang menempah penerbangan kami melalui laman web CAL, Aplikasi dan agensi pelancongan:

  1. Bayi (di bawah umur 2 tahun): tiket bagi bayi yang tidak akan mengambil tempat duduk tersedia untuk pembelian. Untuk menempah tempat duduk bagi bayi yang akan mengambil tempat duduk, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami.
  2. Kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 11 tahun: kanak-kanak ini tidak boleh melakukan perjalanan bersendirian tanpa ditemani penumpang berumur 18 tahun ke atas. Jika perkhidmatan khas diperlukan, sila hubungi pejabat cawangan berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk bantuan. Untuk maklumat terperinci tentang pejabat cawangan kami di seluruh dunia, sila dapatkan di sini. Penumpang muda bawah umur yang boleh kami terima tanpa pengiring ialah yang berusia antara 5 hingga 11 tahun dan tidak melakukan perjalanan dengan ibu bapa atau penjaga yang sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dalam penerbangan dan kelas perjalanan yang sama. Untuk memohon perkhidmatan ini, ibu bapa atau penjaga yang sah mesti menandatangani "Persetujuan & Pelepasan Pengangkutan Budak Bawah Umur Tanpa Pengiring" dan melampirkan salinan identiti mereka dan bukti perhubungan dengan budak bawah umur tanpa pengiring itu, seperti daftar isi rumah atau salinannya.
  3. Remaja yang berumur antara 12 hingga 17 tahun: penumpang remaja ini boleh melakukan perjalanan bersendirian tetapi memerlukan visa dan dokumen perjalanan lain serta perlu memaklumi pejabat cawangan yang berkenaan. Penumpang lain yang melakukan perjalanan bersama tidak boleh berumur kurang daripada 12 tahun.
  4. Penumpang berumur 18 tahun ke atas: boleh melakukan perjalanan bersendirian dan layak untuk melakukan perjalanan bersama kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.


7.2. Cara kami melindungi data peribadi budak bawah umur

Berdasarkan sifat perniagaan kami sebagai syarikat penerbangan, kami boleh mengumpulkan maklumat peribadi budak bawah umur daripada ibu bapa atau penjaga mereka apabila dikehendaki oleh undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada penerbangan, imigresen atau peraturan keselamatan pelbagai negara) atau apabila diperlukan untuk menyediakan pengangkutan dan perkhidmatan lain. Kami akan mengekalkan maklumat peribadi budak bawah umur mengikut keperluan perniagaan kami.
 
Kami melindungi data peribadi budak bawah umur mengikut undang-undang/peraturan yang berkenaan. Harap maklum bahawa kami tidak dapat membezakan umur orang yang mengakses dan menggunakan laman web kami. Jika anda dianggap sebagai budak bawah umur (mengikut undang-undang tempatan anda atau undang-undang lain yang berkenaan), sila pastikan anda membaca Dasar dan Pernyataan ini di bawah bimbingan ibu bapa atau penjaga anda yang lain dan dapatkan persetujuan mereka sebelum menggunakan perkhidmatan atau produk kami.

Untuk mengumpulkan data peribadi budak bawah umur dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga, kami hanya akan memproses atau menggunakan data ini apabila dibenarkan oleh undang-undang, mendapat persetujuan nyata daripada ibu bapa atau penjaga lain, atau apabila diperlukan untuk melindungi hak dan kepentingan budak bawah umur serta memastikan langkah keselamatan bersesuaian diambil. Jika budak bawah umur (mengikut undang-undang yang berkenaan) telah memberi kami data peribadinya tanpa persetujuan ibu/bapa atau penjaga, ibu bapa atau penjaga hendaklah menghubungi kami untuk mengalih keluar data peribadi yang berkenaan dan membatalkan langganan budak bawah umur itu.

Jika kami mendapati data peribadi telah dikumpul daripada budak bawah umur tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga, kami akan memadamkan data peribadi ini dan menutup akaun budak bawah umur tersebut, jika dia mempunyai akaun.

8. Pengumpulan alamat IP

Alamat Protokol Internet (alamat IP) ialah label bernombor yang diperuntukkan kepada setiap peranti yang mengambil bahagian dalam internet dan menggunakan Protokol Internet untuk komunikasi daripada pembekal perkhidmatan. Kami mengumpul alamat IP anda apabila anda mengakses laman web, perkhidmatan mudah alih dan Aplikasi kami.

Kami menyimpan maklumat ini untuk membantu kami mengurus keselamatan, menganalisis cara laman web, perkhidmatan mudah alih dan Aplikasi kami berinteraksi dengan anda.

9. Analisis data dan pembuatan keputusan automatik

Kami dan sekutu kami atau agensi kerjasama perniagaan lain akan menggunakan data yang disebut sebelum ini termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah urus niaga dan jadual perjalanan untuk memperoleh maklumat tertentu untuk memerhatikan tingkah laku pelanggan dan boleh menghantar maklumat ini kepada pembekal perkhidmatan kami untuk menyediakan urus niaga dan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih diperibadikan.

10. Mengemaskinikan data peribadi anda

Kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat. Sila maklumi kami tentang perubahan pada data peribadi anda. Jika anda Ahli Dynasty yang berdaftar, anda boleh mengemas kini data peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengelog masuk ke akaun anda.

Maklumat tempahan atau jadual perjalanan anda akan didedahkan kepada pihak berkuasa kastam dan imigresen sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Maka, data peribadi anda sangat penting untuk memastikan bahawa data peribadi yang terkandung dalam maklumat tempahan atau jadual perjalanan anda adalah terkini, lengkap dan tepat. Oleh itu, kami akan meminta pengemaskinian data peribadi dari semasa ke semasa.

11. Kemas kini kepada dasar dan pernyataan privasi

Kami akan meminda Dasar dan Pernyataan ini dari semasa ke semasa dan perubahan akan berkuat kuasa dari tarikh siaran serta versi yang dikemas kini akan menggantikan versi yang terdahulu. Kami akan menyiarkan Dasar yang dikemas kini pada www.china-airlines.com dan Aplikasi serta tarikhnya akan terpapar supaya anda tahu kali terakhir Dasar tersebut dikemas kini.

12. Hubungi kami

12.1. Maklumat hubungan Pegawai Perlindungan Data Peribadi syarikat kami adalah seperti berikut:

China Airlines Limited
Data Protection Officer/Personal Information Protection Officer
No.1 Hangzhan S. Rd. Dayuan Dist. Taoyuan City, 33758 Taiwan
DPO@china-airlines.com


12.2. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara SkyTeam memproses data peribadi anda, anda boleh menghubungi pejabat SkyTeam:

SkyTeam Airline Alliance Management Coöperatie U.A.
Amsterdamseweg 55
Wing 3.3
1182 GP Amstelveen
The Netherlands
customercontact@skyteam.com


12.3. Untuk sebarang keperluan atau pertanyaan tentang tempahan anda, tiket atau perkhidmatan lain, anda boleh Hubungi Kami sama ada dalam talian atau melalui telefon, sokongan pelanggan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Jika subjek data ialah ahli Dynasty yang mahu mengemaskinikan data peribadi atau menarik balik persetujuannya, anda boleh klik "Account Profile" (Profil Akaun) > "Update Personal Profile" (Kemas Kini Profil Peribadi) atau "Membership Account Deletion" (Pemadaman Akaun Keahlian) untuk menggunakan hak anda selepas mengelog masuk ke "Dynasty Flyer Service" (Perkhidmatan Dynasty Flyer).

13. Pautan kepada laman web lain

Laman web kami mengandungi pautan kepada laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga dan di bawah terma privasi yang berbeza. Dasar dan Pernyataan ini tidak terpakai pada laman web pihak ketiga. Apabila anda meninggalkan laman web kami dan mengakses laman web lain, mohon tetap berwaspada dan baca terma dasar privasi laman web lain. Kami tidak dapat mengawal dan tidak memberikan jaminan atas maklumat yang diserahkan kepada laman web tersebut.

14. SkyTeam Alliance

China Airlines Limited merupakan ahli SkyTeam Alliance, sebuah rangkaian syarikat penerbangan global yang memproses data peribadi untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada penumpang. Untuk maklumat lanjut, sila baca Notis Privasi Bersama SkyTeam Alliance.




Dasar dan Pernyataan ini diterjemahkan daripada bahasa Cina dan boleh diterjemahkan kepada bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Cina dan versi terjemahan Dasar dan Pernyataan ini, versi Cina akan mengatasi.