(Please select preffered language)
Main Content

Perkhidmatan Mudah Alih

Aplikasi Mudah Alih China Airlines dan Muat Turun

Aplikasi mudah alih China Airlines baharu merupakan setiausaha perjalanan peribadi anda. Aplikasi tersebut memberi anda maklumat penerbangan dan perkhidmatan yang diperibadikan, termasuklah daftar masuk mudah alih, pengurusan penerbangan dan miles serta kemas kini status penerbangan agar anda boleh menikmati setiap detik perjalanan anda.
 
Ciri Aplikasi Mudah Alih China Airlines Baharu:

  • Tempah Penerbangan 
    Cari penerbangan kemudian masukkan maklumat pembayaran anda untuk menempah penerbangan.
  • Daftar Masuk Mudah Alih 
    Daftar masuk 1.5 - 48 jam sebelum berlepas (untuk laluan antarabangsa) dengan aplikasi mudah alih China Airlines baharu agar tidak perlu beratur menunggu giliran.
  • Pilihan Hidangan 
    Penumpang kelas perniagaan boleh memilih hidangan pilihan mereka 24 jam - 21 hari sebelum berlepas.
  • Pilihan Tempat Duduk 
    Guna aplikasi mudah alih China Airlines baharu untuk memilih tempat duduk untuk anda dan sahabat anda.
  • Pas Masuk/Dompet Saya 
    Semua pas masuk dan kupon anda boleh dikutip di sini untuk memudahkan anda.
  • Maklumat Penerbangan 
    Cari dan jejak semua jadual waktu dan status penerbangan China Airlines untuk mendapatkan maklumat tentang waktu ketibaan dan berlepas terkini.
  • Tempahan Saya 
    Ciri mudah yang membantu anda menguruskan jadual perjalanan anda. Akses maklumat penting tentang penerbangan anda, termasuk jadual waktu, status serta jadual perjalanan. Anda juga akan menerima notifikasi tolak berkenaan perubahan penerbangan anda.
  • Maklumat Peribadi dan Pengurusan Miles 
    Ahli Dynasty boleh menguruskan dan mengedit maklumat peribadi, mileage penerbangan dan Pembetulan Mileage dalam aplikasi CI.
  • Promosi Peribadi 
    Maklumat tentang tawaran terkini, termasuk eksklusif ahli Dynasty, laman web CI dan pakej Dynasty.
  • Perkhidmatan Sampingan 
    Beli perkhidmatan sampingan yang anda perlukan, termasuk Wi-Fi dalam penerbangan, tiket kereta api berkelajuan tinggi dan peruntukan bagasi berlebihan prabayar.
  • Hubungi kami 
    Maklumat tentang lokasi perniagaan Global China Airlines, termasuk alamat dan nombor hubungan. Ketik pada nombor untuk dail.
  • Imbas pasport dan simpan dokumen 
    Sila imbas pasport anda bagi tujuan pemfailan di ruang maklumat menggantikan ianya ditaip; Bagi menjimatkan masa daftar masuk, anda boleh menyimpan dokumen perjalanan anda terlebih dahulu di ruang 'Tetapan'. Maklumat ini akan terus dikemaskini ke ruangan daftar masuk ketika anda mendaftar penerbangan anda.
 
China Airlines akan terus menambah baik setiap ciri melalui setiap kemas kini. Kami memberi anda perkhidmatan perjalanan yang paling diperibadikan dan selamat menikmati penerbangan yang menyenangkan.
 
 
 
           
 
 

Utama > Fly > Flight Status >