(Please select preffered language)
Main Content

Pembetulan dan Pengurusan Mileage

Mileage Penerbangan

Mileage Penerbangan

Mileage penerbangan merujuk kepada mileage yang diperoleh oleh ahli dengan menaiki penerbangan berjadual yang dikendalikan oleh China Airlines, penerbangan berjadual antarabangsa yang dikendalikan oleh Mandarin Airlines serta penerbangan berkenaan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan pekongsi SkyTeam. Untuk memastikan bahawa mileage penerbangan anda dikreditkan dengan betul dan segera, sila beri kakitangan perkhidmatan kami nombor kad keahlian anda dan nama anda (seperti yang tertera pada kad anda) semasa anda sendiri membuat tempahan atau menerusi agensi pelancongan. Semasa mendaftar masuk di lapangan terbang, tunjukkan kad keahlian anda untuk memastikan bahawa mileage anda dikreditkan ke akaun anda secara automatik. Selain itu, sila simpan salinan tiket dan pas masuk anda selama enam bulan untuk tujuan pertanyaan pada masa hadapan.

Pembetulan Mileage

Pembetulan Mileage

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan mileage penerbangan anda, sila hubungi Talian Penting Perkhidmatan Ahli kami dalam tempoh enam bulan selepas penerbangan anda berlepas. Sila berikan pas masuk anda, resit tiket elektronik atau kertas serta nombor kad keahlian anda (jadual perjalanan atau rujukan tempahan tidak akan diterima). China Airlines akan mengesahkan dan membetulkan mileage anda dalam tempoh enam minggu. Anda boleh mengakses Perkhidmatan Dynasty Flyer untuk membetulkan mileage anda dalam talian.

Mileage Perkongsian

Mileage Perkongsian

Jika anda mendapati kesilapan dalam rekod mileage perkongsian, sila terus hubungi perusahaan pekongsi dan berikan dokumen yang diperlukan dalam tempoh 6 bulan untuk meminta pembetulan.

Ringksan Mileage

Untuk melindungi data peribadi dan hak ahli, ahli atau pemegang amanah mereka yang ingin mencetak sejarah mileage atau rekod penebusan mereka yang melebihi tempoh setahun mesti mengisi dan menandatangani Borang Permohonan dan memberikan salinan pasport ahli atau sijil pengamanahan kepada kaunter China Airlines atau menghantar dokumen tersebut melalui faks kepada Talian Penting Perkhidmatan Ahli China Airlines.

Pertanyaan Mileage

Pertanyaan Mileage

Anda boleh bertanya tentang maklumat akaun anda pada bila-bila masa di Perkhidmatan Dynasty Flyer.
E-Ringkasan

E-Ringkasan

Ahli yang memilih untuk menerima "ringkasan mileage" melalui e-mel akan menerima ringkasan mileage elektronik peribadi yang dikemas kini setiap bulan apabila terdapat perubahan mileage. Ahli yang menerima ringkasan mileage melalui e-mel tidak akan menerima penyata melalui pos.
Salinan Cetak Jadual Mileage

Salinan Cetak Jadual Mileage

Berkuat kuasa dari 1 Disember 2008, ringkasan mileage bercetak tidak akan dihantar lagi. Ahli boleh mendapatkan kemas kini mileage yang terkini melalui pusat perkhidmatan, melawati laman web China Airlines atau mendaftarkan alamat e-mel untuk menerima e-ringkasan.
Utama > Member > Earn Miles > Mileage Correction > Pembetulan dan Pengurusan Mileage