(Please select preffered language)
Main Content

Penjagaan Kesihatan Semasa Penerbangan

doktor penerbangan

Walaupun pesawat komersial moden menawarkan pengangkutan yang pantas, mudah dan selamat, sesetengah penumpang yang sakit mungkin terjejas oleh persekitaran kabin. Persekitaran kabin adalah terhad akibat reka bentuk pesawat dan agak berbeza daripada pengangkutan darat. Perbezaan ini termasuklah tekanan rendah pada altitud yang tinggi (paras oksigen rendah dan kesan tekanan kabin disebabkan tekanan rendah di dalam kabin), ciri-ciri persekitaran kabin (kualiti udara rendah dan kelembapan rendah di dalam kabin), lamban jet, mabuk udara dan tidak bergerak di ruang yang sempit untuk jangka masa yang lama. Sila berikan perhatian dan ambil langkah pencegahan yang sesuai.

  • Semasa menurun, jika telinga atau sinus anda tidak berasa selesa, cuba menelan, mengunyah atau membuka mulut anda dengan luas untuk menggalakkan aliran udara yang lebih baik.  Jika anak anda mengalami masalah ini, cuba berikannya minuman atau puting untuk menggalakkan aliran udara yang lebih baik dan melegakan ketidakselesaan.
  • Elakkan melakukan aktiviti selam skuba 24 jam sebelum anda terbang.
  • Jika anda cenderung untuk mabuk udara, tempah tempat duduk berhampiran dengan sayap pesawat.
  • Elakkan hidangan berat, minuman beralkohol dan berkafeina semasa di dalam pesawat. Minum lebih banyak air dan jus.
  • Anda mungkin akan berasa pening jika anda berdiri secara tiba-tiba selepas terjaga daripada tidur. Ini mungkin disebabkan oleh minuman beralkohol, oksigen rendah, aktiviti rendah dan rasa mengantuk. Kami mengesyorkan anda membuat regangan dan bersenam di tempat duduk anda sebelum berdiri.
  • Walaupun kualiti udara kabin adalah lebih baik berbanding dengan kualiti udara di rumah atau pejabat, kabin pesawat merupakan ruang awam yang mungkin berlaku cemar silang. Kami mengesyorkan anda tidak menaiki pesawat jika anda mempunyai penyakit berjangkit.
  • Elakkan memakai kanta lekap semasa penerbangan.
  • Kami mengesyorkan anda menggunakan pelembap kulit.

Nasihat untuk penumpang yang sakit atau hamil

Nasihat untuk penumpang yang sakit atau hamil
AsmaJika anda mempunyai asma, pastikan anda membawa alat sedut dan elakkan perkara yang boleh menyebabkan asma semasa berada di dalam pesawat
Penyakit JantungSerangan jantung berlaku dua kali ganda lebih kerap semasa di udara berbanding dengan di darat. Jangan menaiki pesawat jika anda diserang penyakit jantung baru-baru ini
Kencing manisAmbil ubat mengikut masa tempat berlepas. Pesan hidangan khas semasa membuat tempahan. Bawa ubat anda di dalam bagasi tangan. Pastikan anda sentiasa membawa rekod perubatan bertulis bagi keadaan kesihatan anda
Trombosis Vena Dalam (DVT)Jika anda duduk di ruang sempit untuk jangka masa panjang, ini akan menyebabkan kesukaran peredaran darah bagi anggota bawah dan seterusnya menyebabkan darah beku terbentuk di dalam vena dalam kaki. Walaupun hal ini tidak begitu menjejaskan penumpang yang keadaan kesihatannya normal, penumpang yang mengalami penyakit jantung, flebitis, masalah penggumpalan darah dan mereka yang sedang pulih daripada pembedahan vena kaki akan menghadapi risiko yang tinggi.

Untuk mengelakkan petanda dan simptom tersebut, kami mengesyorkan anda:

  • Minum air dan jus dengan kerap. Elakkan merokok, meminum alkohol dan minuman berkafeina semasa perjalanan anda. 
  • Pakai pakaian longgar.
  • Lakukan sedikit senaman di tempat duduk anda, khususnya senaman kaki. 
  • Jika anda berpendapat bahawa anda berisiko tinggi, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan perjalanan.

Alahan kacang

China Airlines berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan dalam penerbangan yang selamat dan sihat untuk para penumpang.  Untuk memenuhi keperluan hidangan khas penumpang (termasuklah kru kabin) disebabkan kepercayaan agama mereka, keadaan kesihatan, umur atau sebab khas lain, kebiasaannya kami membahagikan hidangan kepada 20 jenis hidangan menurut peraturan IATA dan keperluan penumpang. China Airlines tahu bahawa sesetengah penumpang mungkin mempunyai reaksi alahan terhadap kacang/kekacang yang boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin persekitaran yang bebas daripada unsur penyebab alahan, termasuklah produk kacang atau kekacang, serbuk kacang dan sisa kacang.

Oleh sebab produk kacang seperti bahan berdasarkan kacang/kekacang dan minyak kacang banyak digunakan dalam makanan Asia, kami tidak dapat menjamin ketiadaan produk kacang/kekacang.  Penumpang lain yang berada dalam penerbangan yang sama dengan anda mungkin membawa produk kacang ke dalam kabit pesawat atau ruang istirahat VIP. Oleh itu, ruang awam termasuklah kabin dan ruang istirahat VIP mungkin mengandungi sisa kacang.

Oleh sebab situasi sebenar, kami tidak dapat menyediakan persekitaran yang bebas daripada unsur yang boleh menggalakkan alahan kacang. Oleh itu, kami menasihati penumpang yang mempunyai alahan kacang supaya mempertimbangkan risiko pendedahan terhadap alergen dan berbincang dengan doktor atau pakar alahan untuk melihat sama ada mereka boleh menaiki pesawat atau tidak. Kami mengesyorkan supaya anda menghubungi kakitangan perkhidmatan tempatan kami 72 jam sebelum berlepas dan memberikan Borang Kelulusan Perubatan yang ditandatangani oleh doktor atau pakar alahan untuk rujukan kami. Oleh sebab peraturan keselamatan penerbangan, anda juga patut memberikan surat daripada doktor anda semasa daftar masuk untuk mengesahkan bahawa anda akan membawa ubat atau peralatan perubatan yang perlu di dalam bagasi tangan anda atas sebab perubatan ini.

Penumpang yang mempunyai alahan kacang perlu mengurangkan risiko terkena kacang dan mengambil semua langkah pencegahan yang mungkin. Ini termasuklah menyediakan makanan anda sendiri, membawa ubat yang perlu atau menggunakan rawatan perubatan yang boleh anda lakukan sendiri. Pesakit atau penjaga atau sahabat mereka perlulah mengetahui rawatan untuk reaksi alahan jika hal ini berlaku.  Jika boleh dan menerusi notis awal, China Airlines akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan anda semasa penerbangan.

Nasihat doktor penerbangan

Penerbangan seharusnya menjadi pengalaman yang selamat dan menyeronokkan. Anda boleh menikmati perjalanan anda jika anda memahami ciri-ciri persekitaran kabin, berunding dengan doktor dan melakukan aturan penjagaan perubatan yang perlu sebelum berlepas. Berikut merupakan sedikit nasihat tentang penjagaan kesihatan semasa penerbangan. Sebelum berlepas:

  • Pastikan anda tidak mempunyai penyakit sistem imun.
  • Jangan menaiki pesawat jika anda berasa tidak selesa.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa.
  • Dapatkan nasihat doktor tentang isu kesihatan dan maklumi syarikat penerbangan tentang masalah anda semasa membuat tempahan.
  • Bawa ubat yang perlu bersama anda.
  • Elakkan daripada duduk untuk jangka masa yang panjang. Lakukan senaman di tempat duduk anda untuk menggerakkan otot dan sendi kaki anda.
  • Apabila pesawat sedang menurun, pastikan anda tidak tidur dan legakan ketidakselesaan di dalam telinga dan sinus anda seawal mungkin.
Utama > Fly > On Board >