(Please select preffered language)
Main Content

Perlindungan Privasi

Kali terakhir terma dan syarat ini dikemas kini adalah pada 4 September 2020.

Dasar Perlindungan Privasi

Dasar Perlindungan Privasi

Kami, China Airlines Limited, untuk melaksanakan perlindungan privasi dan kepatuhan undang-undang Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Taiwan, Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation, GDPR) dan undang-undang/peraturan perlindungan data lain yang berkenaan menetapkan Dasar Perlindungan Privasi (“Dasar”) ini untuk pengurusan privasi dan keselamatan data peribadi. 


Kami akan dengan cara yang munasabah, mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi anda dalam skop tujuan tertentu. Kami memastikan bahawa anda mempunyai hak dan kepentingan berhubung dengan semakan, pemadaman, pembetulan, sekatan penggunaan data peribadi anda dan penarikan balik keizinan anda dsb. Selain itu, kami membuat strategi dan pelan kontingensi untuk pengendalian data peribadi yang dicuri, diubah suai, didedahkan atau rosak. Melalui penetapan dan pengekalan mekanisme perlindungan data peribadi yang sesuai, kami komited untuk melindungi ketepatan dan keselamatan data peribadi anda.

Pernyataan Perlindungan Privasi

Pernyataan Perlindungan Privasi

Kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi anda menurut Dasar kami. Untuk memastikan bahawa anda boleh membuat keputusan termaklum, sila baca Pernyataan Perlindungan Privasi (“Pernyataan”) ini untuk memahami pihak yang berkongsi Data Peribadi anda dengan kami dan tujuannya serta pilihan yang anda berkenaan dengan cara kami mengumpul dan menggunakan data peribadi anda. Kami berharap anda rasa selesa untuk menggunakan semua perkhidmatan berkaitan yang kami sediakan. 


Dengan terus menggunakan perkhidmatan kami, anda menunjukkan bahawa anda telah membaca dan memahami Pernyataan ini. Kami mungkin meminda Dasar ini dari semasa ke semasa, perubahan akan berkuat kuasa dari tarikh siaran dan menggantikan versi yang terdahulu. Versi yang dikemas kini akan disiarkan dalam laman web www.china-airlines.com dan/atau aplikasi kami serta tarikhnya akan terpapar supaya anda tahu kali terakhir Pernyataan tersebut dikemas kini.

1. Jenis data peribadi yang kami proses
2. Cara kami mengumpul data peribadi anda
3. Tujuan kami menggunakan data peribadi anda
4. Mendedahkan atau berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga
5. Jaminan dan penyimpanan
6. Hak anda
7. Kanak-kanak bawah umur
8. Pengumpulan Alamat IP
9. Analisis Data dan Membuat Keputusan Automatik
10. Kemas kini data peribadi anda
11. Kemas kini kepada dasar dan pernyataan privasi
12. Hubungi kami
13. Pautan kepada laman web lain

Dasar dan Pernyataan ini diterjemahkan daripada bahasa Cina dan mungkin akan diterjemahkan kepada bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten antara versi Cina dan versi terjemahan Dasar dan Pernyataan ini, versi Cina akan mengatasinya.



Notis untuk Penduduk Negeri A.S. Tertentu: Hak Privasi California

Notis untuk Penduduk Negeri A.S. Tertentu: Hak Privasi California

Akta Privasi Pengguna California ("CCPA") memberi sesetengah penduduk California hak berikut. Jika anda penduduk California, anda boleh membuat permintaan tertentu berkenaan dengan maklumat peribadi anda. Setakat yang terpakai untuk CCPA, kami akan mematuhi peraturan yang berkaitan sedemikian.

1. Maklumat tentang anda yang kami kumpulkan
2. Hak pengetahuan
3. Hak pemadaman
4. Hak penarikan diri daripada jualan: Jangan Jual Maklumat Peribadi Saya
5. Hak untuk tidak didiskriminasi
6. Cara menggunakan hak privasi CCPA anda
Dasar dan Syarat Kuki

Dasar dan Syarat Kuki

“Kuki” ialah fail data kecil yang dimuat turun kepada peranti anda oleh laman web yang anda kunjungi. Kuki dihantar melalui pelayan web untuk disimpan dalam pelayar web. Data yang dikumpul daripada Kuki adalah untuk membaca dan membezakan kesukaan pengguna individu. Kali seterusnya anda mengunjungi laman web yang sama, Kuki memastikan bahawa peranti anda dikenali. Laman web ini boleh menyimpan maklumat tentang kunjungan dan pengunjung dengan kuki. 


Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki mengikut Dasar Kuki ini. Bergantung pada lokasi anda, anda mungkin pernah melihat tetingkap timbul yang demikian pada kunjungan pertama anda ke laman web kami. Anda boleh menarik balik keizinan anda atau melaraskan tetapan Kuki pada bila-bila masa dengan mengikut arahan di bawah.

1. Penggunaan Kuki
2. Penggunaan Kuki pihak ketiga
3. Pengurusan kuki dan tetapan pelayar
4. Kemas kini kepada Dasar Kuki