(Please select preffered language)
Main Content

Alat muzik

Alat Muzik Kecil

Alat Muzik Kecil

  • Anda boleh membawa alat muzik kecil (seperti seruling atau biola) sebagai sebahagian daripada bagasi tangan ke dalam pesawat jika dimensi tidak melebihi 100 x 36 x 23 cm (panjang x lebar x tinggi) dan tidak melebihi 7 kg termasuklah bekas alat dan dapat diletakkan dengan selamat di dalam ruang simpan atas atau ruang di bawah tempat duduk anda sebagai sebahagian daripada peruntukan bagasi tangan anda.
  • Anda boleh meletakkan alat muzik yang lebih besar jika dimensi dan berat melebihi spesifikasi yang disebut di atas (seperti bass atau cello) di atas tempat duduk yang dibeli jika anda tidak mahu mendaftarkan masuk alat tersebut atau mendaftarkan alat tersebut sebagai bagasi berdaftar.
  • Anda mesti menyimpan alat anda di dalam bekas yang keras.
  • Oleh sebab terdapat variasi suhu, pengembangan dan pengecutan leher alat muzik bertali mungkin berlaku. Kami menasihati penumpang supaya melonggarkan tali sebelum perjalanan untuk mengelakkan ketegangan atau kerosakan.
Alat Terlampau Besar

Alat Terlampau Besar

Apabila tinggi atau lebar alat CBBG melebihi batasan tempat duduk, item ini dianggap sebagai alat terlampau besar. Item ini tidak boleh diletakkan di atas tempat duduk dan perlu “Disimpan Dengan Elok” di atas lantai dan bersandar pada tempat duduk penumpang.

 
  • CBBG tidak boleh menghalang pengosongan kecemasan.
  • Boleh diletakkan di atas lantai tempat duduk di tepi tingkap dalam baris pertama di hadapan/di belakang penghadang, dari urutan bahagian tingkap.
  • Boleh diletakkan di atas lantai tempat duduk tengah di baris terakhir kelas ekonomi di dalam pesawat dua lorong. Dalam keadaan tersebut, tempat duduk tengah yang sama tidak boleh diduduki oleh penumpang.
  • Pengangkutan alat muzik boleh dianggap sebagai bagasi berdaftar pengembara tertakluk pada sekatan peruntukan bagasi berdaftar. Pengangkutan alat muzik sebagai bagasi berdaftar, jika jumlah dimensi setiap alat muzik melebihi 292cm(115in), 2 item bagi kadar caj bagasi berlebihan akan dikenakan dan boleh diterima sebagai bagasi berdaftar tertakluk pada ketersediaan ruang di dalam kabin kargo penerbangan (Sila semak caj untuk Bagasi Berlebihan).
Tempat Duduk Tersedia untuk Peralatan Terlampau Besar Di Atas Lantai sebagai CBBG
Jenis A/CNombor Tempat Duduk TLNombor Tempat DudukBatasan Lantai (W x D x H : CM)
B7772410AK, 16AK, 20AK, 23AK58 x 38 x 145
30AK, 36A, 37K48 x 28 x 145
53JK, 54AC, 72AC, 72HK, 72DEFG48 x 28 x 145
B74C221AK55 x 40 x 145
6ABJK, 11AK48 x 70 x 145
17AK48 x 60 x 145
28AB45 x 40 x 145
29JK45 x 48 x 145
46ABJK, 63DEFG45 x 28 x 145
B738
B738*
141ABJK48 x 60 x 145
2AK48 x 35 x 145
6ABJK42 x 60 x 145
31ABJK42 x 25 x 145
B738A141ABJK48 x 60 x 145
2AK48 x 35 x 145
6ABJK42 x 60 x 145
31JK, 32AB42 x 25 x 145
A3501710AK, 18AK58 x 38 x 145
31AK, 34AK48 x 28 x 145
40AK, 52AK, 74A, 75DEGK48 x 28 x 145
A330151ABJK50 x 84 x 145
6AK50 x 40 x 145
25AB, 26JK45 x 30 x 145
41AB, 44DEG45 x 26 x 145
A33A151ABJK48 x 90 x 145
5AK48 x 60 x 145
25AB, 26JK, 41AB, 44DEG42 x 25 x 145
*bermaksud konfigurasi tempat duduk berbeza