(Please select preffered language)
Main Content

Kelas Ekonomi

Kelas Ekonomi (A350/777)

Kabin Kelas Ekonomi China Airlines menampilkan unsur estetik ketimuran. Melangkah kaki ke kabin kami bagaikan melangkah masuk ke dalam lukisan landskap Cina tradisional. Tempat duduk potongan tirus kami menawarkan ruang kaki yang lebih luas dan monitor HD membolehkan anda memilih dan menikmati media atas permintaan sebaik sahaja perjalanan anda bermula. Kabin Kelas Ekonomi China Airlines baharu menawarkan pengalaman perjalanan yang bergaya, selesa dan menyeronokkan. Biar China Airlines membawa anda ke destinasi anda yang seterusnya.
*Kelas Ekonomi 777/A350 China Airlines boleh didapati terutamanya bagi penerbangan ke dan dari Amerika Utara, Eropah, Oceania (Australia, New Zealand) dan destinasi Asia yang terpilih. Untuk mendapatkan maklumat, sila semak jadual waktu penerbangan kami atau berundinglah dengan kakitangan kami.

imej kelas ekonomi
sorotan jarak dekat

Kelas Ekonomi

Kelas Ekonomi 744/A330/738 China Airlines menawarkan tempat duduk yang selesa dan ruang kaki yang luas. Dilengkapi monitor di dalam tempat duduk, Kelas Ekonomi dalam pesawat 744/A330 menawarkan sistem hiburan audio dan video atas permintaan serta persekitaran kabin santai yang membolehkan anda mengembara dengan selesa.

Utama > Fly > On Board > Fleet >