(Please select preffered language)
Main Content

Bagasi Tangan

Bagasi Tangan
Maklumat Bagasi Tangan

Maklumat Bagasi Tangan

  1. Bagi semua kelas perjalanan, setiap bagasi kabin (termasuklah pemegang, roda dan poket sisi) tidak boleh melebihi saiz 22 x 14 x 9 inci (56 x 36 x 23 cm) (panjang x lebar x tinggi) dan 7 kg berat (Sila rujuk Peraturan Bagasi). Bagasi kabin dibenarkan di dalam kabin pesawat hanya jika bagasi boleh diletakkan dengan selamat di bawah tempat duduk atau di ruang simpan atas.

  2. Untuk kemudahan anda, pengukur bagasi tersedia di kaunter daftar masuk atau pintu masuk untuk membantu anda menentukan sama ada bagasi tangan anda memenuhi syarat volum. Atas sebab keselamatan kabin, jika bagasi kabin anda terlebih berat atau terlampau besar, bagasi anda akan didaftarkan masuk dan diangkut di dalam palka kargo serta caj bagasi berlebihan akan dikenakan jika bagasi kabin melebihi peruntukan bagasi berdaftar percuma anda.

  3. Item peribadi:
    Selain bagasi kabin yang dinyatakan di atas, setiap penumpang boleh membawa satu item peribadi yang berikut secara percuma: 
    • Beg tangan atau dompet
    • Kamera kecil dan/atau sepasang binokular
    • Sebilangan item bebas cukai yang wajar
    • Payung
    • Komputer riba
    • Lampin, botol susu dan makanan bayi untuk dimakan sewaktu penerbangan
    • Sebilangan bahan bacaan yang wajar
    • Makanan untuk dimakan sewaktu penerbangan yang diletakkan di dalam bungkusan pakai buang

  4. Gajet Perjalanan
    • Bagasi tangan penumpang berbilang fungsi, kusyen boleh kembung atau aksesori perjalanan lain yang digunakan sebagai tempat letak kaki tambahan untuk kanak-kanak berbaring sewaktu penerbangan boleh digunakan di dalam penerbangan kami selagi arahan penggunaan oleh pengilang diikuti.
    • Gajet perjalanan yang tidak muat di dalam bagasi tangan atau melebihi saiz 22 x 14 x 9 inci (56 x 36 x 23 cm) (panjang x lebar x tinggi) atau 7 kg berat akan dikira sebagai sebahagian daripada peruntukan bagasi kabin anda.
    • Untuk memastikan penggunaan gajet perjalanan yang selamat untuk anda, sila patuhi peraturan di bawah:
      (1) Penumpang perlu memaklumi jabatan tempahan kami supaya mengatur dahulu tempat duduk yang sesuai jika mereka mahu menggunakan produk tersebut di dalam pesawat.
      (2) Gajet perjalanan hanya boleh digunakan di tempat duduk di tepi tingkap (cth. A/K) yang tidak bersebelahan dengan laluan keluar kecemasan dan pintu keluar kecemasan.
      (3) Tidak boleh digunakan sewaktu pesawat berlepas, mendarat atau bergerak di atas landasan.
      (4) Tidak boleh merosakkan tempat duduk pesawat semasa menggunakan gajet perjalanan.
      (5) Tidak boleh meletakkan dua atau lebih unit gajet perjalanan bersama-sama untuk kanak-kanak berbaring. Kanak-kanak mesti ditemani orang dewasa semasa menggunakan gajet perjalanan.
      (6) Apabila isyarat pakai tali pinggang keledar DIHIDUPKAN sewaktu penerbangan, penumpang perlu memastikan tali pinggang gajet perjalanan dipasang dengan selamat dan mengikuti arahan kru kabin.

  5. Item khas
    • Tongkat/topang ketiak
    • Alat bantu pergerakan
    • Anggota badan palsu
    • Peralatan atau bekalan ubat
    • Tempat duduk keselamatan kanak-kanak
    • Basinet dan kereta sorong bayi

  6. Lain-lain: 
    • Demi keselamatan penerbangan, semua item tajam perlu diletakkan di dalam bagasi berdaftar. Ini termasuklah sebarang jenis pisau, kikir kuku besi, gunting, pencabut bulu dan item serupa yang lain; Jika mana-mana item ini ditemukan di dalam bagasi tangan anda, item ini akan dihantar lewat, dirampas atau ditahan oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang. China Airlines tidak akan bertanggungjawab atas item ini.
    • Disebabkan ruang penyejukan di dalam pesawat terhad dan atas sebab kebersihan, kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan untuk menyimpan dan menyejukkan barangan peribadi penumpang di dalam peti sejuk.
Item Yang Dilarang/Disekat

Item Yang Dilarang/Disekat di dalam Bagasi Tangan

  1. Peraturan Khas
    • Cecair, aerosol dan gel hanya dibenarkan di dalam bagasi kabin jika item ini disimpan di dalam bekas yang kurang daripada 100 ml setiap satu.
    • Bekas ini mesti dibawa di dalam beg plastik lut sinar dan berzip.  Jumlah isi padu beg tersebut tidak boleh melebihi 1 liter.
    • Setiap penumpang hanya dibenarkan untuk membawa satu beg plastik tersebut.
    • Beg tersebut mestilah diasingkan daripada bagasi kabin dan ditunjukkan kepada kakitangan keselamatan untuk pemeriksaan sinar-X individu di tempat pemeriksaan.

  2. Ubatan dan keperluan diet khas, termasuklah formula bayi
    • Item ini dibenarkan di dalam bagasi kabin.
    • Item ini mestilah diasingkan daripada bagasi kabin dan diisytiharkan kepada kakitangan keselamatan di tempat pemeriksaan.
    • Penumpang yang membawa ubat preskripsi mesti membawa dokumen pengenalan (cth. Kad pengenalan, perakuan perubatan).

  3. Pembelian bebas cukai
    • Pelbagai negara telah melaksanakan sekatan ke atas cecair, aerosol dan gel untuk mematuhi sekatan yang ditetapkan oleh Organisasi Penerbangan Awam (ICAO). Sesetengah negara telah mengenakan sekatan ini atas penerbangan yang tiba dan berlepas. Hal ini mungkin mempengaruhi keupayaan anda untuk membawa pembelian bebas cukai ke dalam pesawat. Penumpang dinasihati untuk membuat semakan dengan kakitangan bebas cukai sebelum membuat pembelian.
    • Bagi penumpang yang melakukan transit/pemindahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung (termasuklah penerbangan bersambung ke Kaohsiung), item cecair, aerosol atau gel bebas cukai yang dibeli sebelum transit/pemindahan di Taiwan dan yang terkandung di dalam bagasi tangan akan dirampas di tempat pemeriksaan keselamatan. Oleh sebab itu, penumpang dinasihati supaya membeli produk tersebut selepas transit/pemindahan.
Utama > Fly > Prepare for the fly > Baggage >